Lilypie Premature Baby tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

15 April 2012

Laksa Penang

Salam... sempena my hubby ada ni so borak2 la ngan dia tanye nak mkn ape untuk esok plak... dia pun dengan spontannya cakap esok mama masak laksa penang la... So dengan rela hatinya pun ckp balik kat papa adam..ok esok kene pergi pasar cari bahan2....

Ini la resepi laksa penang versi MAMA ADAM


Bahan-Bahan:

  •  1 paket laksa
  • Sekilo ikan sardin
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 4 keping Asam keping (kalu suka masam letak lg)
  • Belacan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang timun
  • Daun selum
  •  5 tangkai cili padi
  • 4 biji limau kasturi
  • 5 biji telur
  • sedikit garam
Cara-caranya:
  •  Rebus ikan selama 15 minit, asingkan isi dgn tulang.... saya blander tulang ikan dengan air rebusan tadi, yang isi ikan plak just ramas2 bagi halus sahaja
  • Blander cili kering, bawang besar dan belacan dan masukkan kedalam air rebusan tadi dan masukkan asam keping, bunga kantan dan daum kesum.
  • Masak sehingga mendidih.. letakkan sedikit garam 
  • Hiris timun, cili padi, limau kasturi dan daum selum untuk hiasan.
So simple je kan... mama adam punye laksa penang ni... yg penting kuah byk ikan dan pekat... Masa jalan2 kat pasar cari bahan2 buat laksa ni my hubby ternampak plak siput sedut... dia pun request jgak nak mkn...

No comments:

Post a Comment